Wednesday, 16 January 2013

Syiling Persidangan Tahunan PATA Ke-35 (Error)


Syiling PATA Ke-35 dikeluarkan pada 9 April 1986 dan ditempa di Kilang Wang, Shah Alam. Harga syiling $1 PATA 1986 ini masih mampu milik walaupun ianya telah dikeluarkan sejak tahun 1986 lagi. Syiling ini ditempa sebanyak 500,000 keping.

Aku berjaya mendapatkan sekeping syiling PATA "error" dengan harga yang munasabah. Ramai sedia maklum untuk mendapatkan syiling peringatan "error" sangatlah sukar kerana proses QA & QC yang rapi sebelum diedarkan untuk jualan.

Namun, ada otai yang mengatakan syiling "error" ini adalah "Post Mint Job" atau akronimnya "PMJ". Apa yang peliknya, di laman blog beliau memaparkan lambakan syiling "error" yang bukan saja PMJ, malah "Post Mint Defects" atau "PMD" dan pelbagai jenis syiling "Assisted Error". Namun, beliau tidak pun menamakan syiling "error" tersebut sebagai "Assisted Error" tetapi dengan mudahnya menganalisa syiling "error" pemilik lain sebagai "Assisted Error".

Aku beranggapan otai tersebut mungkin cemburu kerana aku memiliki syiling peringatan "error" sedangkan beliau masih belum memilikinya. Sorry otai, syiling ini "for syok syok only" dan "tagan" dalam album syiling aku.

Jadi syiling PATA "error" ini menjadi sebahagian koleksi berharga dan semestinya "Not For Sale".